SUMBANGAN PERTUBUHAN ANAK YATIM & MISKIN PEREMPUAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
MEMASTIKAN ANAK YATIM & MISKIN KHUSUS PEREMPUAN MENDAPATKAN PEMBELAAN DAN PEMBELAJARAN TERBAIK, DEMI MASA DEPAN MEREKA YANG CEMERLANG
Rumah Anak Yatim & Miskin Perempuan Mawarku (MAWARKU) diasaskan pada Julai 2018 oleh sahabat-sahabat yang komited terhadap kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan. Diuruskan oleh Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Perempuan Seremban, sebuah NGO yang berdaftar.
MAWARKU sekarang beroperasi di No 616 Jalan Cenderawasih 4, Taman Paroi Jaya, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tempat ini merupakan sebuah rumah berbandung dua tingkat.
Sistem pembelajaran di MAWARKU adalah aliran akademik. Buat masa ini kami telah menempatkan seramai 12 orang anak yatim atau miskin perempuan di MAWARKU.
MAWARKU berusaha membimbing mereka agar mempunyai kefahaman agama yang mantap bagi membentuk generasi anak yatim dan miskin yang cemerlang akademik dan cemerlang penghayatan agarna. MAWARKU berharap dengan usaha yang sedikit ini kehidupan sebahagian anak yatim dan miskin yang terabai dari pengisian kerohanian akan terbela. Insya Allah.
KAEDAH PELAKSANAAN
1. Mengambil hanya anak yatim & miskin perempuan yang berumur bermula seawal umur 7 tahun .
2. Menanggung sepenuhnya perbelanjaan harian dan pendidikan mereka
3. Kami akan menjaga mereka sehingga tamat SPM.
4. Menyediakan kemudahan tuisyen akademik
5. Menyediakan kemudahan pembelajaran/pendidikan agama melalui tuisyen, ceramah dan latihan
6. Menerapkan disiplin yang tinggi dalam segala aspek kehidupan
7. Melatih agar mereka berdikari dalam kehidupan seharian kelak.
ISIKAN BORANG DI BAWAH UNTUK MENYUMBANG. SEKIRANYA ANDA INGIN MENYUMBANG RM100 KEBAWAH BOLEH ISIKAN BORANG DAN BERIKAN RESIT DENGAN NOTA SUMBANGAN BAWAH RM100. UNTUK SUMBANGAN LEBIH BESAR BOLEH TUKAR KUANTITI SUMBANGAN ATAU HUBUNGI AJK PROMOSI KAMI NO TELEFON 013-636 1748